Blogger Layouts

Tuesday 26 July 2011

Ramadhan dtg lagi..

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah SWT kerana Ramadhan bakal kembali lagi..Sempena bulan yang mulia ni,aku nak kongsi sikit pasal perjalanan Ramadhan aku yg lepas..

Bulan Rmadhan bulan yang di tunggu semua umat islam di dunia ni..Pada bulan ini,pintu syurga di buka seluas2 nya dan pintu neraka di tutup serapat2nya..Bulan yang paling berkat pada umat islam ini akan datang pada 1/8/2011..aku suke bulan puasa..feel die lain dari bulan2 yg ada..rasa seronok sgt2..aku nak wat yang terbaik bulan ni..yang lepas2 aku taw aku gagal nak sempurnakan ngan sesempurna mungkin tapi aku bertekad tahun ni aku nak cari seberapa banyak pahala yang boleh..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Bukan bulan ini utk kita berpuasa,menahan lapar dan dahaga je tp kita nak lawan nafsu kita jgk..pernah aku baca dulu yang Allah pernah menguji nafsu itu utk mengakui bahawa Allah la tuhan die,die campakkan kat dlam api 70 000 tahun klu tak silap,tp nafsu ttp taknak ngaku..campak kat dlam tempat yg sgt sejuk 70 000 tahun jgk,tetap tak ngaku..tp bile campak kat satu tempat tanpa di beri mkn dan minum,nafsu mengalah da tak tahan lalu mengaku Allah la tuhan sekalian makhluk..Dari situ kita dapat taw yg dengan berpuasa saja kite dapat tahan nafsu kita..kita jg pandangan,percakapan dan yg plg penting hati..semoga kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini memberi kita peluang untuk menyucikan hati kita dan bertaubat dengan apa yang kita da lakukan sebelom ni..

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripada emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Bersama-samalah kita mengejar mencari amal di bulan yang di berkati Allah ini..Bagi aku,aku akan berusaha melawan segala nya demi keberkatan Allah..Semua yang aku lakukan hanyalah umtuk mencari keredhaan mu ya Allah..tuhan ku yang satu..Kau berkatilah aku di dalam bulan mu yang mulai itu nanti.. Kau tunjukkan lah aku jalan yang benar dan jalan yang Kau redhai..sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah,yang selalu melakukan kemungkaran..bimbingla daku dan jangan la Kau sisihkan aku dan keluarkan daku dari golongan yang menerima rahmat Mu ya Tuhankan ku..berkati lah daku,ibu bapaku,keluargaku,rakan2 ku,guru2 ku,orang kesayanganku dan seluruh umat islam di dunia ini..Amin ya rabbal alamin..

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

0 comments: