Blogger Layouts

Monday 15 August 2011

Artikel lagi..Pramugari Koma di tanah suci

Hari ni aku banyak bc artikel la. Ni pown menarik jgk..Panjang skit,tp menginsafkan. Slamat membaca taw.

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

 "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;
"Kenapa kakak menangis?"
"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."
Itu dah terlambat.

Terbaca artikel menarik..

Ngah dok bosan2 kat opis ni,aku pown search la internet. Tak taw nak wat pe. Sambil dengar Suria Fm ni aku pown layan je la internet nih. Aku g satu website ni,terbaca artikel ni..best..tudung vs tak tudung..korang baca la sendr ok. Kisah ni aku tak tujukan kat sesape. My sayang jgn terasa ok..

Tak pkai Tudung
Pkai Tudung

Perbualan diowg...

Semua yg ttp aurat konfirm masuk syurga ke?
Yang pasti tak ttp aurat confirm msk neraka.

Tudung labuh pown macam baik sgt. Buat dosa jgk mengumpat sana sini..
Bila iblis tak mahu menurut perintah Allah utk sujud kepada Adam, die menyalahkan perintah Allah itu. " kenapa aku kene sujud,aku lebih baik dan mulia". Samalah ngan tudung. Tudung plak d salahkan.

Macamlah ko tu bagus sgt nak tegur aku. Entah ko dulu lagi jahat.
Dakwah itu tuntutan. Selagi ko Islam dakwah itu wajib walaupun ko tu tak brape betul. Sekurang2nya die insaf dan bertaubat sekarang.

Walaupun kami pkai seksi tapi hati kami baik.
Adakah kau mendakwa diri ko mempunyai hati yang baik dan iman yang tinggi cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

Pkai ketat ke jarang ke suke hati kami la. Klu tak suke jgn tgk.
Adakah ko yakin ko sume lelaki tak pandang pe yg ko pkai tu?

Kami rase kami pkai tu tak seksi. So what?
Seksi atau pown tak ko tetap berdosa walaupun menayang sehelai rambut.

Walaupun kami tak bertudung,kami tetap sembahyang n puasa.
Apakah ko yakin ibadat ko di terima?adakah setakat tu je da ley menjamin ko msk syurga?

Suke hatilah kami nak pkai mcm ni. Kami tak susahkan org lain.
Sebenarnye ko da susahkan bapa,abg,adik laki,suami serta org lain dengan menarik mereka ke neraka bersama ko sebab tak dapat tegur dan didik ko.

Apa yang kami pkai antara kami ngan tuhan.
Kat dunia berani la ckp, kat sana nanti berani ke ckp depan Allah. Berani langgar perintah Allah?

Bukan kami taknak ttp aurat,tak smpai seru lagi.
Mati tak kenal usia. Tak takut mati muda? Tak sempat taubat nanti.

Takkan nak tukar drastik. Slow2 la.
Nanti time nak mati,ley ke cakap kat malaikat Izrail nanti tunggu kejap! Jangan amik nyawa aku. Lepak dulu. Bley ke?

Tutup aurat tu bagus tapi kami taknak hipokrit wat benda x ikhlas.
Kalau begitu ko mmg hipokrit kerana tak ikhlas beragama.
 
......................
Cuma renungan bersama :)

So amcam kekawan? Powerkan orang tu. Pandai die berhujah. So renungkanlah. Selamat beramal.=)

Tuesday 9 August 2011

Riots in London..

Assalamualaikum..
Jumpe lagi kite kat blog ni. Hari topic yang aku nak bincang ni ialah London riot. Seperti yang kite taw (aku tak taw la korang taw ke tak kan) kat london skang ni tgh kacau bilau..pemuda-pemudi diorang ngah ber riot kat banda tu. Truk gile situasi nye.

Ni la Mark Duggan.
Semua ni berlaku pas kematian seorang pemuda bernama 'Mark Duggan'. Di pecayai kematian si Mark ni yang mencetuskan riot kat engaland skang ni. Kenapa plak camtu erk? camni cite nye. Mark Duggan ni seorang pemuda berketurunan "kulit gelap". Berumur 29 tahun mempunyai 4 orang anak. Die di kaitkan dengan gangster kat London tu. So police kat London ape lagi buru dan bunuh la. Tapi pembunuhan die tu yang menjadi masalah. Police cakap diorg tembak sebab Mark Duggan ni balas tembakan dorang (aku baca dalam surat khabar) tp ade saksi mengatakan The Scotland Yard (nama pasukan police kat England) tembak dengan sengaja untuk membunuh. Saksi cakap si Duggan ni da meniarap kat lantai untuk serah diri tp polis datang tembak 4 kali. Maknanye membunuh ngan niat la. Tu yang menjadi trigger or dalam Bahasa Melayu pencetus kekacauan kat London tu. Bermula ngan kawan2 die,sedara mara die,n trus di join semua orang muda. Tapi sbnarnye kebanyakan yang join tu tak taw pown pe sbb riot tu. Diorang amik kesempatan dari kekacauan tu nak merompak,mencuri barang-barang kat kedai2 kat situ. Banyak kedai musnah,kene bakar lagi,pecah. Polis tak ley wat pe. Diorang siap gaduh ngan polis nih..truk gle. Kat bawah ade gamba2 yang best.










So btol la kene ngan lagu "London bridge is falling down" tu. Memang on the way falling ni. Kerajaan England ngah terdesak mencari penyelesaian terbaik utk masalah ni. Harap2 cepat la selesai. Bukan pe rakyat kite pown ade kat sane malahan member2 aku pown ade gak kat sane. Semoga kamu semua di lindungi Allah hendaknye. So orang Malaysia sedar la. Korang sume nak wat camni ke?menyusahkan pelbagai pihak. Merentuhkan ekonomi negara and mencemar nama baik negara kita. Aku takmo. Korang camne?toksah la wat demonstrasi jalanan tu. Nanti camni jgk jadinya. So baik kite dok umah,relax lepak je. Kan aman. So akhir kata dari aku Lu Pkir La Sendiri.
**Cepat la abis,aku nak tgk bola ni..season baru da mula..nyusahkan btol la!!

8 RAMADHAN..TARIKH KERAMAT..

Assalamualiakum semua..Alhamdulillah sedar tak sedar da 9hari kita di bulan Ramadhan ni kan..Harap2 kita di permudahkan Allah SWT bagi meneruskan baki-baki bulan Ramadhan yang mulia ni..

Ape yang aku nak ceritakan ni adalah kisah hidup aku sendiri..Tanggal 8 Ramadhan ni begitu bermakna dalam diri aku ni..Sebab nye pada tanggal 8 Ramadhan 1406 Hijrah, aku di lahirkan di bumi..Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yg menciptakan aku untuk menjadi salah seorang Khalifah di muka bumi ini..

Alhamdulillah Allah masih bagi aku kesempatan untuk hidup smpai hari ini..Ya Allah ya tuhanku,Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatmu,aku masih hidup di dunia ini untuk berbakti dan menghambakan diri ku untuk mu..Ya Rabbi, Kau la tuhan ku yang ku sembah,tempat ku meminta pertolongan dan maha mendengar lagi maha mengetahui..Ku pohon kepada mu Ya Allah,semoga engkau berkati hidupku,hidup ibu bapaku,keluarga ku,guru-guru ku,rakan2,orang kesayangan ku,orang di sekelilingku,dan seluruh orang islam di dunia ini..Berilah aku kekuatan untuk menempuh hidup dan cabaran mu Ya Allah..Sesungguhnya aku redha dengan ape jua yang telah Kau tentukan untuk hidupku kerana Kau maha mengetahui segala yang batil dan segala yang ghaib..Tunjukkanlah aku jalan yang benar..jalan yang engkau redhai..Amin

Nak tahu korang sume lahir dalam bulan ape kat tahun Hijrah??klik je kat link ni ok, <http://www.islam. com/islamicdates .asp>


Satu lagi kat bawah ni ade la serba sedikit tentang kebaikan lahir di bulan-bulan Islam ni..tp jangan la caye bulat2..tiap yang yang buruk,ade baiknye..tiap yang jahat bley di tukar menjadi baik..semuanya bergantung kepada individu itu sendr..Sendiri pilih jalan mane yang diorg nak ikut..



PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Semoga berjumpa lagi..Assalamualaikum..

Tuesday 26 July 2011

Ramadhan dtg lagi..

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah SWT kerana Ramadhan bakal kembali lagi..Sempena bulan yang mulia ni,aku nak kongsi sikit pasal perjalanan Ramadhan aku yg lepas..

Bulan Rmadhan bulan yang di tunggu semua umat islam di dunia ni..Pada bulan ini,pintu syurga di buka seluas2 nya dan pintu neraka di tutup serapat2nya..Bulan yang paling berkat pada umat islam ini akan datang pada 1/8/2011..aku suke bulan puasa..feel die lain dari bulan2 yg ada..rasa seronok sgt2..aku nak wat yang terbaik bulan ni..yang lepas2 aku taw aku gagal nak sempurnakan ngan sesempurna mungkin tapi aku bertekad tahun ni aku nak cari seberapa banyak pahala yang boleh..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Bukan bulan ini utk kita berpuasa,menahan lapar dan dahaga je tp kita nak lawan nafsu kita jgk..pernah aku baca dulu yang Allah pernah menguji nafsu itu utk mengakui bahawa Allah la tuhan die,die campakkan kat dlam api 70 000 tahun klu tak silap,tp nafsu ttp taknak ngaku..campak kat dlam tempat yg sgt sejuk 70 000 tahun jgk,tetap tak ngaku..tp bile campak kat satu tempat tanpa di beri mkn dan minum,nafsu mengalah da tak tahan lalu mengaku Allah la tuhan sekalian makhluk..Dari situ kita dapat taw yg dengan berpuasa saja kite dapat tahan nafsu kita..kita jg pandangan,percakapan dan yg plg penting hati..semoga kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini memberi kita peluang untuk menyucikan hati kita dan bertaubat dengan apa yang kita da lakukan sebelom ni..

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripada emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Bersama-samalah kita mengejar mencari amal di bulan yang di berkati Allah ini..Bagi aku,aku akan berusaha melawan segala nya demi keberkatan Allah..Semua yang aku lakukan hanyalah umtuk mencari keredhaan mu ya Allah..tuhan ku yang satu..Kau berkatilah aku di dalam bulan mu yang mulai itu nanti.. Kau tunjukkan lah aku jalan yang benar dan jalan yang Kau redhai..sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah,yang selalu melakukan kemungkaran..bimbingla daku dan jangan la Kau sisihkan aku dan keluarkan daku dari golongan yang menerima rahmat Mu ya Tuhankan ku..berkati lah daku,ibu bapaku,keluargaku,rakan2 ku,guru2 ku,orang kesayanganku dan seluruh umat islam di dunia ini..Amin ya rabbal alamin..

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Semalam yang indah..

Semalam aku g jawab exam kat PKNNS..terbaik soalan die..Alhamdulillah dapat aku jawab..soalan tak brape nak susah..and di temani ngan orang TERSAYANG plak..lagi la bahagia hidup ni..

Best gle dapat jumpe ngan 'My Love One'..terasa bahagia sangat bile die ada d sisi..rase semangat tu membuak2..maybe ni la org ckp sumber inspirasi..

Thanks syg coz ade kat sisi abg selama ni..tak dapat abg nak ckp camne abg hargai ape je yg syg wat..hidup abg ni adalah utk syg dan abg berharap syg puas hati ngan ape yg abg da wat utk syg..ape yg abg ley bg tu je la yg abg mampu..and abg akan sentiasa memperbaiki diri abg supaya ayg tak la bosan ngan abg and selalu bahgia d sis abg..ape yg abg wat utk kebahagiaan kita bersama..

Last, I LOVE U SYG with all my heart and soul..muahx

Sunday 19 June 2011

Jawab Soalan

Aku nak jawab soalan yg same ngan blog 'wife' aku..mane ley aku takde jawapan...hehe

BILA FIRST DATE KORANG?

Ade ke wife aku cakap time raye..salah tu..sbnarnye jawapannye first time date time aku ngan die ngan adik die g settle kan surat menyurat nak msk UITM..time tu aku first time kuar ngan die..aku kering je g amik kat umah..Mak die je ade..sebab sifat gentleman yg mmg terserlah dr kecik ni,aku g la amik die..kitorg kuar g Seremban pastu jalan2 la..Raya tu bkn dating,tu dtg sbb nak raye la..Syg wrong answer..=p


Ni bkn yg first,saje letak


KAT MANE SELALU DATING?

satu g kesalahan..awat tanye dua kali dlm soalan tu syg?cube baca balik..hehehe..yang ni aku setuju ngan wife aku...tempat slalu dating of course shopping mall..sbb Seremban ngan PD takde pape..ade pantai ngan shopping mall je la..so mane nak g lagi kan..tak tgk wayang g karaoke..nanti aku nak bwk wife aku ngan adik2 die g men ice skating plak..aku pown tak pandai gak..hentam saje lah..same2 jatuh..haha..

Dating kat I-City


GELARAN YANG ANDA BAGI KAT SI DIA?

Gelaran of course I call her SYG...dr dulu asyik tukar name je...yg ni gak senang..rase dekat d hati la org ckp..hehehe..
Sama cocok,sama padan


PERKARA PALING SWEET KORANG PERNAH BUAT BERSAMA

Yang ni bg aku, time aku bg die hadiah dlm keta..time tu aku bg hadiah tu sbb aku tak dpt bg time birthday die..sbb die kat penang..so terpaksa bg awal..aku ngan surprisenye bg hadiah tu..dlm tu ade gelang..die terkejut n terharu sgt..nak nangis pown ade..terharu sgt2 la..aku suke sgt muke die time tu..nampak sgt die hargai ape yg aku wat..mmg sume die hargai,tp time tu yg the best skali la..I like..hehe

Banyak gamba kami


HADIAH PALING BEST ANDA PERNAH DPT DR SI DIA? SI DIA SUKA BUAT SURPRISE TAK?

Hadiah yg plg best erk..bg aku hadiah yg plg best tu aku dpt die la..dapat jdkan die teman hidup aku..sebab die lain dari yg lain n memahami aku..bg aku die da ckp segala2nya tp manusia mmg tak pernah puas..aku suh gakla baik kan pe yg tak brape bekenan lg kat mate aku tu..tp aku ok je..trima je seadanye..surprise erk..aku ade la wat..wife aku ni jarang wat surprise ni..die tak reti..mane taknye, sblom wat da g taw..surprise mende gtu..tak Eric Leong lgsg..surprise...hehehe

Secantik bintang di angkasa


KORANG PERNAH GADUH?

Aish pasangan mane yg tak pernah gaduh..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan suami isteri..mesti gaduh punye..tp org ckp tu adat rumah tangga..klu tak gaduh tak syg la..lepas gaduh mesti tambah syg punye..aku pernah dgr org ckp, klu time kapel gaduh byk,time da kawin nanti gaduh skit2 je..hehe..tp ape pown aku tetap gak syg die lbh klu gaduh..aku tukang settle, die jenis mengalah..camtu la br btol..terbaik wok!!

Gaduh ke ni?

SIAPA YANG SELALU MENGALAH BILA GADUH

Semestinya wife aku la..die mmg sabar tak cam aku..marah je koje...haha..lelaki kan..mesti la panas lebih..tp sejak akhir2 ni aku cube jgk jd cool..aku taknak marah2 die..sian die..sygkan..so kene byk2 istighfar..semoga berjaya la aku..fighting!!

Comel!!

AYAT-AYAT UNTUK BOYFRIEND/ GIRLFRIEND ANDA

Takde ayat yang terbaik utk abg gambarkan syg..  Every hour I think of you, every minute I think of you, every second I think of you, I live for you and I die for you..
I L.O.V.E U

To the only one I love

Sekian nukilan dari aku..jumpe lagi next time..tata..