Monday, 15 August 2011
Artikel lagi..Pramugari Koma di tanah suci
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 01:01 0 comments
Terbaca artikel menarik..
Tudung labuh pown macam baik sgt. Buat dosa jgk mengumpat sana sini..
Macamlah ko tu bagus sgt nak tegur aku. Entah ko dulu lagi jahat.
Walaupun kami pkai seksi tapi hati kami baik.
Pkai ketat ke jarang ke suke hati kami la. Klu tak suke jgn tgk.
Kami rase kami pkai tu tak seksi. So what?
Walaupun kami tak bertudung,kami tetap sembahyang n puasa.
Suke hatilah kami nak pkai mcm ni. Kami tak susahkan org lain.
Apa yang kami pkai antara kami ngan tuhan.
Bukan kami taknak ttp aurat,tak smpai seru lagi.
Takkan nak tukar drastik. Slow2 la.
Tutup aurat tu bagus tapi kami taknak hipokrit wat benda x ikhlas.
......................
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 00:47 0 comments
Tuesday, 9 August 2011
Riots in London..
![]() |
Ni la Mark Duggan. |
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 19:58 0 comments
8 RAMADHAN..TARIKH KERAMAT..
Assalamualiakum semua..Alhamdulillah sedar tak sedar da 9hari kita di bulan Ramadhan ni kan..Harap2 kita di permudahkan Allah SWT bagi meneruskan baki-baki bulan Ramadhan yang mulia ni..
Ape yang aku nak ceritakan ni adalah kisah hidup aku sendiri..Tanggal 8 Ramadhan ni begitu bermakna dalam diri aku ni..Sebab nye pada tanggal 8 Ramadhan 1406 Hijrah, aku di lahirkan di bumi..Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yg menciptakan aku untuk menjadi salah seorang Khalifah di muka bumi ini..
Alhamdulillah Allah masih bagi aku kesempatan untuk hidup smpai hari ini..Ya Allah ya tuhanku,Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatmu,aku masih hidup di dunia ini untuk berbakti dan menghambakan diri ku untuk mu..Ya Rabbi, Kau la tuhan ku yang ku sembah,tempat ku meminta pertolongan dan maha mendengar lagi maha mengetahui..Ku pohon kepada mu Ya Allah,semoga engkau berkati hidupku,hidup ibu bapaku,keluarga ku,guru-guru ku,rakan2,orang kesayangan ku,orang di sekelilingku,dan seluruh orang islam di dunia ini..Berilah aku kekuatan untuk menempuh hidup dan cabaran mu Ya Allah..Sesungguhnya aku redha dengan ape jua yang telah Kau tentukan untuk hidupku kerana Kau maha mengetahui segala yang batil dan segala yang ghaib..Tunjukkanlah aku jalan yang benar..jalan yang engkau redhai..Amin
Nak tahu korang sume lahir dalam bulan ape kat tahun Hijrah??klik je kat link ni ok, <http://www.islam. com/islamicdates .asp>
Satu lagi kat bawah ni ade la serba sedikit tentang kebaikan lahir di bulan-bulan Islam ni..tp jangan la caye bulat2..tiap yang yang buruk,ade baiknye..tiap yang jahat bley di tukar menjadi baik..semuanya bergantung kepada individu itu sendr..Sendiri pilih jalan mane yang diorg nak ikut..
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Semoga berjumpa lagi..Assalamualaikum..
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 01:24 0 comments
Tuesday, 26 July 2011
Ramadhan dtg lagi..
Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah SWT kerana Ramadhan bakal kembali lagi..Sempena bulan yang mulia ni,aku nak kongsi sikit pasal perjalanan Ramadhan aku yg lepas..
Bulan Rmadhan bulan yang di tunggu semua umat islam di dunia ni..Pada bulan ini,pintu syurga di buka seluas2 nya dan pintu neraka di tutup serapat2nya..Bulan yang paling berkat pada umat islam ini akan datang pada 1/8/2011..aku suke bulan puasa..feel die lain dari bulan2 yg ada..rasa seronok sgt2..aku nak wat yang terbaik bulan ni..yang lepas2 aku taw aku gagal nak sempurnakan ngan sesempurna mungkin tapi aku bertekad tahun ni aku nak cari seberapa banyak pahala yang boleh..
Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Bukan bulan ini utk kita berpuasa,menahan lapar dan dahaga je tp kita nak lawan nafsu kita jgk..pernah aku baca dulu yang Allah pernah menguji nafsu itu utk mengakui bahawa Allah la tuhan die,die campakkan kat dlam api 70 000 tahun klu tak silap,tp nafsu ttp taknak ngaku..campak kat dlam tempat yg sgt sejuk 70 000 tahun jgk,tetap tak ngaku..tp bile campak kat satu tempat tanpa di beri mkn dan minum,nafsu mengalah da tak tahan lalu mengaku Allah la tuhan sekalian makhluk..Dari situ kita dapat taw yg dengan berpuasa saja kite dapat tahan nafsu kita..kita jg pandangan,percakapan dan yg plg penting hati..semoga kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini memberi kita peluang untuk menyucikan hati kita dan bertaubat dengan apa yang kita da lakukan sebelom ni..
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripada emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 21:03 0 comments
Semalam yang indah..
Semalam aku g jawab exam kat PKNNS..terbaik soalan die..Alhamdulillah dapat aku jawab..soalan tak brape nak susah..and di temani ngan orang TERSAYANG plak..lagi la bahagia hidup ni..
Best gle dapat jumpe ngan 'My Love One'..terasa bahagia sangat bile die ada d sisi..rase semangat tu membuak2..maybe ni la org ckp sumber inspirasi..
Thanks syg coz ade kat sisi abg selama ni..tak dapat abg nak ckp camne abg hargai ape je yg syg wat..hidup abg ni adalah utk syg dan abg berharap syg puas hati ngan ape yg abg da wat utk syg..ape yg abg ley bg tu je la yg abg mampu..and abg akan sentiasa memperbaiki diri abg supaya ayg tak la bosan ngan abg and selalu bahgia d sis abg..ape yg abg wat utk kebahagiaan kita bersama..
Last, I LOVE U SYG with all my heart and soul..muahx
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 20:36 0 comments
Sunday, 19 June 2011
Jawab Soalan
Aku nak jawab soalan yg same ngan blog 'wife' aku..mane ley aku takde jawapan...hehe
BILA FIRST DATE KORANG?
Ade ke wife aku cakap time raye..salah tu..sbnarnye jawapannye first time date time aku ngan die ngan adik die g settle kan surat menyurat nak msk UITM..time tu aku first time kuar ngan die..aku kering je g amik kat umah..Mak die je ade..sebab sifat gentleman yg mmg terserlah dr kecik ni,aku g la amik die..kitorg kuar g Seremban pastu jalan2 la..Raya tu bkn dating,tu dtg sbb nak raye la..Syg wrong answer..=p
Ni bkn yg first,saje letak |
KAT MANE SELALU DATING?
satu g kesalahan..awat tanye dua kali dlm soalan tu syg?cube baca balik..hehehe..yang ni aku setuju ngan wife aku...tempat slalu dating of course shopping mall..sbb Seremban ngan PD takde pape..ade pantai ngan shopping mall je la..so mane nak g lagi kan..tak tgk wayang g karaoke..nanti aku nak bwk wife aku ngan adik2 die g men ice skating plak..aku pown tak pandai gak..hentam saje lah..same2 jatuh..haha..
Dating kat I-City |
GELARAN YANG ANDA BAGI KAT SI DIA?
Gelaran of course I call her SYG...dr dulu asyik tukar name je...yg ni gak senang..rase dekat d hati la org ckp..hehehe..
![]() |
Sama cocok,sama padan |
PERKARA PALING SWEET KORANG PERNAH BUAT BERSAMA
Yang ni bg aku, time aku bg die hadiah dlm keta..time tu aku bg hadiah tu sbb aku tak dpt bg time birthday die..sbb die kat penang..so terpaksa bg awal..aku ngan surprisenye bg hadiah tu..dlm tu ade gelang..die terkejut n terharu sgt..nak nangis pown ade..terharu sgt2 la..aku suke sgt muke die time tu..nampak sgt die hargai ape yg aku wat..mmg sume die hargai,tp time tu yg the best skali la..I like..hehe
![]() |
Banyak gamba kami |
HADIAH PALING BEST ANDA PERNAH DPT DR SI DIA? SI DIA SUKA BUAT SURPRISE TAK?
Hadiah yg plg best erk..bg aku hadiah yg plg best tu aku dpt die la..dapat jdkan die teman hidup aku..sebab die lain dari yg lain n memahami aku..bg aku die da ckp segala2nya tp manusia mmg tak pernah puas..aku suh gakla baik kan pe yg tak brape bekenan lg kat mate aku tu..tp aku ok je..trima je seadanye..surprise erk..aku ade la wat..wife aku ni jarang wat surprise ni..die tak reti..mane taknye, sblom wat da g taw..surprise mende gtu..tak Eric Leong lgsg..surprise...hehehe
![]() |
Secantik bintang di angkasa |
KORANG PERNAH GADUH?
Aish pasangan mane yg tak pernah gaduh..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan suami isteri..mesti gaduh punye..tp org ckp tu adat rumah tangga..klu tak gaduh tak syg la..lepas gaduh mesti tambah syg punye..aku pernah dgr org ckp, klu time kapel gaduh byk,time da kawin nanti gaduh skit2 je..hehe..tp ape pown aku tetap gak syg die lbh klu gaduh..aku tukang settle, die jenis mengalah..camtu la br btol..terbaik wok!!
Gaduh ke ni? |
SIAPA YANG SELALU MENGALAH BILA GADUH
Semestinya wife aku la..die mmg sabar tak cam aku..marah je koje...haha..lelaki kan..mesti la panas lebih..tp sejak akhir2 ni aku cube jgk jd cool..aku taknak marah2 die..sian die..sygkan..so kene byk2 istighfar..semoga berjaya la aku..fighting!!
![]() |
Comel!! |
AYAT-AYAT UNTUK BOYFRIEND/ GIRLFRIEND ANDA
Takde ayat yang terbaik utk abg gambarkan syg.. Every hour I think of you, every minute I think of you, every second I think of you, I live for you and I die for you..
I L.O.V.E U
![]() |
To the only one I love |
Sekian nukilan dari aku..jumpe lagi next time..tata..
Posted by Pajil Miaw-Miaw at 08:02 0 comments